23 Disember 2019 - 17:53
Syria Berhadapan Dengan Rompakan Minyak A.S Serta Penjajahan Turki

Menteri Luar Syria, Walid al-Muallem mengatakan bahawa negaranya berhadapan dengan "konfrontasi berterusan" dari Turki dan "rompakan terancang" dari Amerika Syarikat ke atas sumber minyak negara Arab itu. Beliau turut menambah bahawa kedua-dua negara tersebut berkomplot dengan Israeluntuk menghalangi sebarang usaha anti-keganasan yang dilancarkan oleh Damsyik.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Syria, Walid al-Muallem mengatakan bahawa negaranya berhadapan dengan "konfrontasi berterusan" dari Turki dan "rompakan terancang" dari Amerika Syarikat ke atas sumber minyak negara Arab itu. Beliau turut menambah bahawa kedua-dua negara tersebut berkomplot dengan Israeluntuk menghalangi sebarang usaha anti-keganasan yang dilancarkan oleh Damsyik.

Agensi berita rasmi Syria SANA memetik Muallem ketika pertemuan beliau dengan rakan sejawatannya dari Rusia, Sergei Lavrov, di Moscow pada hari Isnin.

"A.S, Turki dan Israel berganding bahu bersama dengan beberapa negara di rantau ini untuk menghalang usaha bersama Syria dan Rusia dalam memerangi (unsur) keganasan, khususnya Jabhat al-Nusra," kata Muallem yang merujuk kepada kumpulan pengganas yang dahulunya dikenali sebagai al-Nusra.

Menteri Luar Syria juga memuji penggunaan veto oleh Rusia dan China terhadap resolusi draf di Majlis Keselamatan PBB yang mengeksploitasi isu-isu kemanusiaan serta mencabul kedaulatan negara Arab itu sambil mengatakan bahawa veto berganda itu menegaskan komitmen Rusia dan China terhadap kedaulatan Syria. -Press TV